Assalamualaikum
Cinta bermaksud perasaan atau berperasaan sayang kepada ibu bapa, negara, dll. Cinta juga bermaksud perasaan atau berperasaan sayang antara lelaki dan perempuan. Selalunya golongan remaja yang banyak terjebak dalam kes cinta antara berlainan jantina ni.. Dari situ mulalah kat sini cinta haram.. kat situ perasaan itu merosakkan diri dan sebagainya.. Yang sebenar-benarnya perasaan cinta tu tak salah, yang salah tingkah laku orang yang bercinta tu..sebab dia melanggar hukum Allah..
Iya semua orang pernah rasa perasaan cinta..dan remaja ada beberapa jenis jika dah tau macam mana rasa perasaan cinta..
Ada 3 jenis remaja
yang pertama : ego tinggi---- tak bercinta, tak couple, tapi perasaan tu ada..
yang kedua : dua2 nak---- study nak, bercinta bercouple pon nak..
yang ketiga : tewas kepada cinta---- study tak nak, couple nak..
so macam mana nak tangani jenis yang ketiga? Allah kurniakan akal kepada kita untuk kita guna..bayangkan betapa mulianya kita diberi akal..akal bergantung kepada ilmu yang kita ada...berapa banyak ilmu yang kita ada, sebanyak itulah akal kita...jika emosi lebih daripada akal orang itu akan tewas kepada cinta.. emosi dan ego tak sama...emosi tu perasaan...ego tu persepsi. jika kecintaan kepada Allah lemah akan mudah seseorang itu tewas kepada cinta..
jadi...banyakkan ilmu untuk akal supaya tahu yang mana yang baik untuk diri..
Kenapa nak bercinta sebelum tiba waktunya? sekarang ni dah terbalik dah..bila ditanya tak ada gf / bf itu dianggap pelik... weird.. yang baik itu pelik yang tak baik itu tak pelik atau biase dah.. kenapa yang tak baik itu dijadikan adat? adat bilamana perkara yang tak bagus itu dianggap sudah biasa dilihat..perkara itu perkara biasa.
Bila masa pulak kita boleh bercinta? bila dah kejar cita-cita. bilamana anak-anak muda dah cukup dewasa, dah cukup matang , dah cukup rasional membuat keputusan...waktu tu ilmu di dada berbeza dari sebelumnya..kematangan berbeza dari sebelumnya..haaa...masa tu boleh la bercinta..lepas nikah...
Orang Islam harus jadi realistik dan holistik..apa itu realistik? apa itu holistik?
realistik itu bersifat yang sebenar-benarnya... Holistik pula ialah bersifat berkait antara satu sama lain..Bercinta sebenarnya untuk apa? untuk mencari keredhaan Allah kan? Ingatlah.. Cinta yang diikat dengan nama Allah ja yang Allah redha..
Usia sekolah menengah masa untuk mencari identiti diri bukan masa untuk bercinta.. sama lah jugak masa usia di universiti pon..diploma ka ijazah ka...sama saja..
Susah-susah ja dok mencari jodoh sendiri..Allah dah letak dah yang terbaik untuk kita..
Nak jodoh pilihan Allah ka, nak jodoh pilihan sendiri?
Kahwin atas sebab cinta , perhubungan itu akan baik selagi perasaan cinta itu dikandung badan..selagi perasaan cinta itu masih ada..
Kahwin dengan yang beriman , perhubungan itu dijaga atas nama Allah,, walaupun dah tawar hati..
cinta harus jadi nombor 2 dalam hidup kita..
bila kita rasa nak sangat bercinta...teringin la nak bercinta bila tengok orang lain bercinta...maksudnya hati kita tak sihat..jiwa kita tak sihat sebab tu ada perasaan cinta..
#Macam mana nak tangani perasaan ini?
@ solat taubat, istighfar, solat hajat
@ berdoa.. doa tu kena spesifik..contohnya....
" ya Allah, aku kembalikan cinta yang Engkau berikan ini kepadaMu "
" ya Allah, aku kembalikan cinta yang Engkau berikan ini kepadaMu "
@ istighfar 100 kali setiap hari
@ selawat
@ bila dah tenang, isikan hati dengn syahadah.
@ bilamana dah kuat jiwa kita, kita wujudkan suasana Islam. contohnya tolong ingatkan sahabat-sahabat kita yang masih lalai.
: : -- Semua orang boleh lafaz ' aku cinta padamu ' tapi tahukah cinta itu apa?
* so~ kepada diri ini..nak bercinta tunggu lah lepas nikah nanti..
ya Allah...aku tak mampu nak ajak sahabat aku ....umm ='(
budakmimpi yang sedang mencari keredhaan Ilahi
No comments:
Post a Comment